Pages

Wednesday, 27 June 2012

Tingkatan 5: Bab 4: Komunikasi


BAB 4: KOMUNIKASI

PERANAN KOMUNIKASI

  1. Memudah dan mempercepatkan proses penyebaran maklumat.
-          Contoh : maklumat turun naik harga saham mudah diketahui dengan menggunakan komputer,   
        telefon dan internet.

  1. Memudahkan peniaga menjalankan aktiviti perniagaan.
-          Contoh : urusan jual beli barangan boleh dilakukan dengan menggunakan telefon, telefeks atau 
         internet.

  1. Memudahkan kegiatan promosi.
-          Contoh : Televisyen merupakan media utama pengiklanan kerana dapat menarik minat ramai 
         penonton.

  1. Meluaskan pasaran barangan.
-          Contoh : Perkhidmatan telefon memudahkan proses jual beli jarak jauh.

  1. Memudahkan pentadbiran dan pengurusan.
-          Contoh : bagi syarikat yang mempunyai banyak cawangan di merata negeri boleh mengadakan 
       mesyuarat secara langsung antara pengurus cawangan tanpa bersemuka dengan menggunakan 
        sidang video.

  1. Mengelakkan kerugian dan kerosakan.
-      Contoh : Jika diketahui melalui satelit bahawa taufan sedang melanda Jepun, maka penghantaran kargo dari Malaysia ke negara itu boleh ditangguhkan untuk mengelakkan kerosakan.


JENIS-JENIS PERKHIDMATAN KOMUNIKASI

(i)  Televisyen dan radio.
(ii)  Perkhidmatan Pos.
(iii) Perkhidmatan Telekomunikasi.
(iv) Perkhidmatan Kurier.


PERKHIDMATAN POS.

  Terbahagi kepada 3 iaitu :
          (i).  Perkhidmatan Mel.
          (ii).  Perkhidmatan kaunter.
          (iii). Perkhidmatan Lain.


Perkhidmatan Mel.

·               Surat.                       
·               Poskad.       
·               Aerogram.
·               Bahan bercetak.
·                Peket kecil.    
·               Khidmat jawapan perniagaan.
o   digunakan oleh peniaga pesanan mel.
o   setem dilekatkan

·               Persuratan untuk orang buta.
o   majalah dan buku dalam bentuk Braille

·               Pos Ekspres.
o   menghantar dokumen dengan cepat.
o   tidak dilindungi oleh insurans

·               Pos Daftar.
o   hantar barang/dokumen penting di dalam dan di luar negara.                                 - dilindungi oleh insurans.
·               Bungkusan.
·               Mel Berinsurans.
o  memberi perlindungan bagi surat daftar dan bungkusan yang diposkan di dalam dan di luar negara.
o   pampasan akan dibayar jika mel/bungkusan itu hilang

·               Perkhidmatan Pos Laju.
o   menghantar mel, peket kecil dan dokumen dengan cepat.
o   serahan dari pintu ke pintu.

·               Data Pos.
o   membantu mengagihkan dokumen secara besar- besaran seperti bil, sijil invois dan penyata akaun.

·               Mel Terus.
o   digunakan oleh syarikat untuk mengiklankan perniagaannya.


Perkhidmatan Kaunter.

    Terdiri daripada 3 jenis :

a)        Perkhidmatan jualan    - jual setem, sampul surat berdaftar, poskad.
b)        Perkhidmatan bayaran - bayaran kiriman wang dan wang pos.
c)        Perkhidmatan agensi    - TNB, ASN, BSN, LUTH.


 Perkhidmatan Lain.

i.        Pos Restante           -        Pengembara menggunakan alamat pejabat pos untuk menerima surat.                                        
ii.       Peti surat, tiket serahan tingkap dan khidmat beg berkunci.
iii.      Frangki                  -       mesin mencetak setem dan tarikh pembayaran pada sampul surat/mel.
iv.      Pusat khidmat pelanggan – melayani aduan pelanggan.


PERKHIDMATAN TELEKOMUNIKASI

Terbahagi kepada :-  
·         Perkhidmatan lisan
·         Perkhidmatan bercetak
·         Perkhidmatan Audiovisual.

a)    Perkhidmatan Lisan.

i.           Perkhidmatan Telefon.- untuk individu.
           -  Panggilan tempatan.
                 -  Panggilan sambung jauh terus dail.
                 -  Panggilan antarabangsa terus dail.
    
   ii.         Panggilan tanpa tol.- untuk peniaga.
                
                     iii.        Sidang Audio
                                - mesyuarat antara 2 pihak yang berada di lokasi berbeza.
              - setiap ahli perlu bercakap secara bergilir.
                
                     iv.        Telefon bimbit.

v.            Videofon.
          - Telefon dilengkapi dengan gambar video.
                               - membolehkan pemanggil dan penerima panggilan berbual serta melihat wajah pihak yang 
                                 dihubungi.

      vi.          Radio Maritim.
              - membolehkan panggilan telefon dibuat dari darat ke kapal-
                 kapal di lautan Atlantik, Hindi dan Pasifik.
              - menggunakan satelit marin (MARISAT)untuk   
                menyampaikan berita serta mesej penting.    

vii.            Telestok.      
             - untuk pelabur yang ingin mengetahui harga saham yang di urusniagakan di BSKL.                  


b)    Perkhidmatan Bercetak
i.              Telefeks – menghantar maklumat berbentukcarta, gambar, laporan melalui mesin faksimili.

ii.       Teleks   - menghantar maklumat menggunakan mesin teleprinter.        

ii.            Telegram – menghantar maklumat bertulis melalui rangkaian telegraf.


c)      Perkhidmatan Audiovisual.

i.              Sidang Video(Video Conferencing).
- menghubungi 2 atau lebih pihak di lokasi yang berbeza.
              -  mesyuarat jarak jauh melalui skrin pemancar.

ii.            Internet.
- rangkaian komputer yang menghubungkan 
                 pelbagai maklumat dengan pantas di 
                seluruh dunia.

iii.           E-mel (Mel Elektronik)
- menghantar maklumat dengan cepat menerusi 
                 rangkaian komputer.
         
iv.           MAYPAC.
- Rangkaian Data Awam Suis Peket Malaysia.
              - menghantar dan menerima data melalui komputer.
    

PERKHIDMATAN KURIER.

   Menghantar mel, dokumen dan bungkusan dengan segera seperti  
   invois, dokumen perjanjian dan laporan di dalam dan di luar  
   negara. Contoh : EMS, Pos laju Malaysia.

   Kelebihan.
o      penghantaran cepat dan selamat.
o      serahan pintu ke pintu.
o      dapat perlindungan insurans.
o      menyediakan perkidmatan menghantar Kargo.
o      Bagi bungkusan bercukai, syarikat Kurier akan menguruskan segala dokumentasi kastam bagi pihak pengirim.

                     

Kekurangan
·               kos tinggi.
·               terhad kepada kiriman yang penting dan diperlukan sahaja.


Faktor Pemilihan Jenis Perkhidmatan Komunikasi

1.    Kesegaran.
- jika maklumat diperlukan segera – Teleks,
                                                       - telefaks
                                                       - internet.
    - tidak diperlukan dengan segera  - melalui pos.

2.    Jenis maklumat.
berbentuk lisan – telefon.
     - Grafik dan carta – mesin faksimile.
     - Bahan bercetak  -  pos.
     - Polisi insurans – kurier dan mel berinsurans.

3.    Kos.
- mengikut kemampuan syarikat.
     - Perkhidmatan kurier lebih mahal daripada Perkhidmatan pos  
       biasa.

4.    Mudah didapati dan berhampiran.
- contoh: telefon dan pos mudah didapati.

5.    Jarak.
- jarak dekat – gunakan pos.
     - jarak jauh  - mel udara, faksimile,internet, teleks.

No comments:

Post a Comment