Pages

Wednesday, 27 June 2012

Dari Hati ke Hati

"Jika anda tersenyum setelah gagal, anda sukar mencari laluan lain untuk berjaya, tetapi jika anda menderita di hati setelah gagal anda ada harapan untuk muncul sebagai orang yang berbeza kemudian hari."

Latihan Bab 4: Tingkatan 5


Bab 4:Komunikasi

Soalan Latihan:

1. Terangkan empat peranan perkhidmatan komunikasi kepada seorang pemborong. [8 markah]

2. Terangkan lima faktor  yang perlu dipertimbangkan oleh seorang pemilik pasaraya bagi memilih jenis perkhidmatan komunikasi . [10 markah]

3. Jelaskan perkara berikut:
    a) Kiriman wang biasa domestik.[3 markah]
    b) Kiriman wang ekspres. [3 markah]
    c) Kiriman wang antarabangsa. [3 markah]
    d) Data pos. [3 markah]
    e) Teleks .[ 3 markah]
    f)  Sidang video. [3 markah]
    g) Telefaks. [3 markah]

Latihan Bab 3: Tingkatan 5

Bab 2 : Insurans

1(a) Huraikan tiga jenis prinsip insurans.(9 markah)

2  Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan soalan 2(a),2(b) dan 2(c).
    
Encik Zamrul merupakan pemilik Pasar Raya Maju di Bandar Kuching.Beliau mempunyai 50 orang pekerja.Beliau turut mempunyai gudang berhampiran pasar raya yang digunakan untuk menyimpan stok barangannya.Pasar Raya Maju mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk di sekitar Bandar Kuching khususnya pada hujung minggu.Beliau turut mempunyai dua buah lori untuk menghantar barang kepada peniaga runcit kecil-kecilan yang membeli barang daripada pasar raya tersebut.

(a) Berdasarkan petikan di atas, terangkan lima jenis polisi insurans yang boleh anda cadangkan untuk dibeli oleh Encik Zamrul sebagai pemilik Pasar Raya Maju.(10 markah)
(b)  Terangkan kepada Encik Zamrul prosedur-prosedur yang harus diikuti oleh beliau untuk membeli polisi insurans.(10 markah)
(c) Jika kemalangan berlaku semasa pekerja pasar raya ini menghantar barang ke kedai peruncit kecil-kecillan, jelaskan apakah prosedur yang harus diikuti bagi Encik Zamrul bagi menuntut pampasan daripada syarikat insurans yang berkenaan.(10 markah)

Latihan Bab 2: Tingkatan 5

Bab 2 : Insurans

1(a) Huraikan tiga jenis prinsip insurans.(9 markah)

2  Pernyataan berikut adalah berkaitan dengan soalan 2(a),2(b) dan 2(c).
    
Encik Zamrul merupakan pemilik Pasar Raya Maju di Bandar Kuching.Beliau mempunyai 50 orang pekerja.Beliau turut mempunyai gudang berhampiran pasar raya yang digunakan untuk menyimpan stok barangannya.Pasar Raya Maju mendapat sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk di sekitar Bandar Kuching khususnya pada hujung minggu.Beliau turut mempunyai dua buah lori untuk menghantar barang kepada peniaga runcit kecil-kecilan yang membeli barang daripada pasar raya tersebut.

(a) Berdasarkan petikan di atas, terangkan lima jenis polisi insurans yang boleh anda cadangkan untuk dibeli oleh Encik Zamrul sebagai pemilik Pasar Raya Maju.(10 markah)
(b)  Terangkan kepada Encik Zamrul prosedur-prosedur yang harus diikuti oleh beliau untuk membeli polisi insurans.(10 markah)
(c) Jika kemalangan berlaku semasa pekerja pasar raya ini menghantar barang ke kedai peruncit kecil-kecillan, jelaskan apakah prosedur yang harus diikuti bagi Encik Zamrul bagi menuntut pampasan daripada syarikat insurans yang berkenaan.(10 markah)

Latihan Bab 1: Tingkatan 5

Bab 1 : Perbankan Dan Institusi Kewangan

1. Terangkan empat  perkhidmatan yang disediakan Bank Simpanan Nasional kepada pelanggan. [8 markah]

2. Terangkan empat  perkhidmatan pembiayaan yang disediakan Bank Perdagangan kepada pelanggan. [8 markah]

3. Terangkan empat  perkhidmatan pembayaran yang disediakan Bank Perdagangan kepada pelanggan. [8 markah]

4. Terangkan empat  perkhidmatan yang disediakan Bank Islam kepada pelanggan. [8 markah]

5. Jelaskan sebab-sebab cek laku. [5 markah]

Latihan Bab 5: Tingkatan 4

Bab 5:Industri Kecil dan Sederhana 

1. (a) Terangkan lima ciri-ciri Industri Kecil dan Sederhana(IKS).(10 markah)
    (b) Huraikan tiga perkaitan antara industri kecil dan sederhana dengan industri berat.(9 markah).
    (c) Terangkan lima kebaikan industri kecil dan sederhana kepada masyarakat dan negara.(10 markah)
    (d) Terangkan empat masalah-masalah yang dihadapi oleh pengusaha industri kecil dan sederhana.(8 markah)
    (d) Jelaskan lima cara mengatasi masalah-masalah dalam industri kecil dan sederhana.(5 markah)

Latihan Bab 4: Tingkatan 4

Bab 4: Perniagaan Antarabangsa
1. (a) Apakah maksud perniagaan antarabangsa?(1 markah)
    (b) Terangkan jenis-jenis perniagaan antarabangsa.(6 markah)
    (c) Terangkan faktor-faktor wujudnya perniagaan antarabangsa.(8 markah)
    (d) Jelaskan empat perbezaan antara perniagaan antarabangsa dengan perniagaan dalam negeri(8 markah)
    (e) Nyatakan tiga kebaikan perniagaan antarabangsa kepada pihak-pihak berikut:
          (i)   Pengguna (3 markah)
          (ii)  Negara      (3 markah)
          (iii) Peniaga    (3 markah)
    (f) Huraikan empat halangan dalam perniagaan antarbangsa(12 markah)
    (g) Terangkan empat cara mengatasi halangan dalam perniagaan antarabangsa.(8 markah)

Latihan Bab 3: Tingkatan 4


Tingkatan 4

Bab 3 : Perniagaan Runcit


Penilaian Kendiri


1.  Dialog berikut adalah antara Nana dengan Nini.
Nini :     Bosan sungguhlah saya Nana, setiap kali nak membeli-belah saya terpaksa membuang masa mencari tempat letak kereta,dan kadang-kadang hampir satu jam berada dalam kereta.
Nana :   Nini, sekarang ni wujudnya perniagaan yang membolehkan kita membeli-belah dari rumah saja melalui internet.Sekurang-kurangnya ia dapat menjimatkan masa kita.
(i)  Apakah bentuk perniagaan yang dimaksudkan oleh Nana? [1 markah]

(ii) Jelaskan ciri-ciri perniagaan tersebut.  [4 markah]

Tingkatan 5: Bab 8: Konsumerisme


BAB 8: KONSUMERISME


1.
Maksud Konsumerisme
-          Satu perjuangan bagi melindungi hak dan kepentingan pengguna
-          Satu usaha bagi menyedarkan pengguna tentang hak mereka supaya taraf hidup  meningkat

2.
Matlamat Konsumerisme
-          melindungi hak pengguna
-          mewujudkan iklim perniagaan yang harmoni
-          membina kualiti kehidupan yang lebih baik

3.
Maksud pengguna
-          orang yang menggunakan barang  untuk penuhi keperluan dan kehendak

4.
Amalan perniagaan yang tidak sihat
-          letak harga  tidak berpatutan
-          buat iklan  mengelirukan
-          tawar barang  berkualiti rendah
-          jual barang yang tidak selamat

5.
Hak pengguna
  1. Hak mendapat keperluan asas
-                     makanan/pakaian

  1. Hak mendapat keselamatan
-                      dilindungi daripada  kesan yang boleh   membahayakan  kesihatan 
-                      contoh: racun makhluk perosak / ubat-ubatan

  1. Hak mendapat maklumat
-                      fakta   lengkap  sesuatu barang supaya  tidak tertipu

  1. Hak membuat pilihan
-                      Dapat pelbagai barang berkualiti berdasarkan citarasa

  1. Hak mendapat ganti rugi
-                      berjumpa sendiri dengan peniaga /mengadu kepada persatuan pengguna

  1. Hak bersuara
-                     secara peribadi /  perwakilan

  1. Hak mendapat pendidikan pengguna
-                     melalui ceramah / forum

  1. Hak mendapat alam sekitar yang sihat
-                      kerajaan gubal akta seperti Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 / Akta Racun Mahkluk Perosak 1974
6.
Lima Tanggungjawab pengguna
  1. Kesedaran mengkritik
-    boleh membuat aduan
  1. Penglibatan dan tindakan
-    bergiat aktif dalam persatuan pengguna / khidmat sosial
  1. Tanggungjawab sosial
-    Memberi derma kepada orang miskin/tua
  1. Tanggungjawab alam semulajadi
-    tidak membuang sampah di merata tempat / tidak menebang pokok sesuka hati
  1. Bersatu padu
-    supaya wujud kekuatan / pengaruh untuk jayakan perjuangan

7.
Enam Tanggungjawab pengeluar
a.    Praktikkan amalan perniagaan yang baik
-    tidak menipu/ jual barang berkualiti
b. Amal pengiklanan yang beretika
-    iklan mesti tepat / tidak mengaitkan jenama produk lain
  1. Sedia terima rungutan
-    kaunter khidmat pelanggan / kaunter aduan
  1. Membantu menyebarkan pendidikan konsumerisme
-    melalui seminar/forum
  1. Memelihara alam sekitar
-    menggurangkan penggunaan bahan yang  mencemarkan
  1. Menjalankan tanggungjawab sosial
-    memberi derma/ biasiswa

8.
Lima prinsip asas  membeli dengan bijak
  1. Menentukan jenis barang
-    barang keperluan atau kehendak
  1. Menentukan sebab membeli
-    untuk memenuhi keperluan/menunjuk-nunjuk
c.  Menentukan masa membeli
-    masa tawaran istimewa/ musim perayaan
  1. Memilih tempat membeli
-    lokasi berhampiran
-    menawarkan pelbagai barang
-    harga berpatutan dan barang berkualiti
-    sikap  jujur dan layanan mesra
-    ada kemudahan seperti ruang makan/tandas
  1. Mengetahui teknik membeli
-    buat perbandingan harga
-    tengok kualiti barang
-    periksa kuantiti barang
-    tahu tarikh luput
-    ada jaminan jualan
                              
9.
Peranan kerajaan dalam melindungi pengguna
  1. Tubuh kementerian yang menjaga hal-ehwal pengguna
-          iaitu Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal-Ehwal Pengguna
  1. Beri kesedaran tentang konsumerisme
-    melalui ceramah /kempen
  1. Wujudkan akta/peraturan
-    Peraturan Makanan 1985/Akta Perihal Dagangan 1972
  1. Tubuh  kementerian / jabatan untuk kuatkuasa undang-undang
-    Kementerian Kesihatan/Jabatan Alam Sekitar

10.
Agensi lain  dan peranannya dalam melindungi pengguna

  1. Majlis Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK) @ Majlis Pengguna
-   Nasihat kerajaan tentang hal-ehwal perlindungan pengguna
-    Elakkan penyelewengan dan ketidakadilan amalan perniagaan
-    Beri pendidikan konsumerisme melalui risalah /tv
-    Wujudkan  petugas yang dapat bantu selesaikan isu-isu kepenggunaan
-    Menerbitkan Kod Etika Amalan Perniagaan

  1. Tribunal Tuntutan Pengguna
-    Mudahkan pengguna membuat tuntuan gantirugi dengan cepat ,mudah dan murah
-    Jadi saluran alternatif selain Mahkamah Sivil untuk menuntut gantirugi
-    Dengar jumlah tuntutan yang tidak melebihi RM10,000

  1. Persatuan Pengguna
-    Terima dan siasat aduan  pengguna
-    Jalankan penyelidikan dari segi kualiti/keselamatan
-    Beri laporan melalui  penerbitan majalah/berita
-    Adakan pendidikan kepenggunaan melalui bengkel/forum

  1. Persatuan Pengeluar
-    Pastikan ahli mematuhi kod etika  berkaitan dengan pengeluaran/persaingan
-    Adakan kempen membeli barang buatan tempatan

  1. Persatuan Profesional
-    Pastikan  ahli patuhi garis panduan profesion masing-masing

  1. Persatuan Peniaga
-    Ingatkan peniaga agar mematuhi peraturan yang berkaitan dengan perlindungan pengguna /  jujur dengan pengguna
-    Sediakan kod etika mengenai jualan

11.
Etika Amalan Perniagaan
-          diperkenalkan tahun 1982
-          digubal oleh Majlis  Penasihat Pelindung Pengguna Kebangsaan (MPPPK)
-          bertujuan mewujudkan perpaduan di kalangan  peniaga, pengeluar, pengguna dan kerajaan
-          mempunyai 5 prinsip:
    • Kenalpasti dan akui  hak-hak pengguna
    • Tidak menyampaikan maklumat yang mengelirukan
    • Patuhi prinsip perniagaan secara adil
    • Tidak burukkan pesaing
    • Amal perniagaan yang jujur
-          mengandungi   Etika Penjual dan Etika Pembeli

12.
Etika Pembeli
(mengandungi dua tanggungjawab pembeli)
  1. Tanggungjawab terhadap penjual
-    patuhi syarat kontrak
-    jelaskan hutang mengikut tempoh
-    tidak boleh paksa penjual sediakan perkhidmatan yang melebihi bayaran
-    tidak menawarkan harga  terlalu rendah sehingga  peniaga rugi
-    tidak kembalikan barang tanpa alasan yang kukuh/ tanpa tunjuk kad jaminan
-    amalkan sifat sopan santun
-    beri pandangan   untuk tingkatkan kualiti barang

  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    libatkan diri dalam persatuan pengguna
-    jaga persekitaran tempat tinggal/ pelihara alam sekitar
-    elak aktiviti pembakaran secara terbuka/ yang cemarkan alam sekitar
-    tidak sebarkan khabar angin seperti kenaikan harga barang/ kekurangan bekalan




13.

Etika Penjual
(Mengandungi enam tanggungjawab penjual)

  1. Tanggungjawab terhadap pekerja
-    jaga kebajikan pekerja dengan kemudahan tempat tinggal/pengangkutan
-    beri bimbingan /latihan untuk meningkatkan produktiviti
-    memberi ganjaran setimpal seperti gaji/bonus

  1. Tanggungjawab terhadap pelanggan
-    sediakan barang berkualiti
-    sentiasa berusaha tingkatkan kualiti barang
-    tepati keperluan dan kehendak pengguna
-    jual barang pada harga berpatutan
-    bermaklumat  yang lengkap
-    adakan kempen promosi yang jujur
-    sediakan khidmat lepas jualan / khidmat nasihat
-    beri layanan sama rata

  1. Tanggungjawab terhadap pemodal
-    maklumkan kedudukan pelaburan / perniagaan
-    beri kadar pulangan yang memuaskan
-    jalankan pengurusan yang cekap

  1. Tanggungjawab terhadap pembekal
-    layanan adil kepada semua pembekal
-    patuhi segala  syarat kontrak
-    berusaha jual barang  dengan segera
-    amalkan ‘sistem payung’
-    pastikan syarat kontrak  jelas

  1. Tanggungjawab terhadap masyarakat
-    pelihara alam sekitar
-    guna sumber yang manfaatkan masyarakat
-    beri sumbangan kepada pembangunan / penyelidikan melalui  biasiswa / subsidi

  1. Tanggungjawab terhadap kerajaan
-    bayar cukai
-    sedia peluang pekerjaan
-    guna sumber bahan mentah tempatan dengan cekap
-    adakan rundingan dengan kerajaan mengenai penggubalan / perlaksanaan  dasar



Tingkatan 5: Bab 7: Peranan Kerajaan Dalam Perniagaan


BAB 7: PERANAN KERAJAAN DALAM PERNIAGAAN

PERANAN KERAJAAN BAGI MEMBANTU PENIAGA

  1. Menyediakan penyelidikan dan pembangunan
·         MARDI                                               -    dibidang pertanian
·         LEMBAGA GETAH MALAYSIA (MRB)       -    untuk getah
·         LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA (MPOB) – industri sawit
·         SIRIM           -    untuk industri teknologi tinggi
·         FRIM            -    untuk perhutanan
·         LKIM            -    untuk ikan

  1. Menyediakan perundangan perniagaan
Contoh akta:
·         Akta Jualan Barangan
·         Akta Sewa Beli
·         Akta Perihal Dagangan
·         Akta Kawalan Harga
·         Akta Timbang dan Sukat

  1. Menyediakan Latihan dan Pengurusan
·         Supaya peniaga berkemahiran dan cekap
                   Contoh Agensi:
·         MARA
·         NPC – Perbadanan produktiviti

  1. Menyediakan kemudahan  infrastruktur  dan ruang niaga
Contoh :
·         Menyediakan bekalan elektrik/air/telefon
·         Bazar/ruang niaga/kilang untuk disewa
Contoh Agensi:
·         MARA
·         UDA HOLDING
·         PKEN

  1. Memberi Insentif Pelepasan Cukai
·         Taraf perintis –pengecualian cukai untuk tempoh tertentu
·         Pengecualian cukai –tak perlu bayar cukai
·         Elaun cukai pelaburan

  1. Menyediakan Kemudahan Pembiayaan
·         Memberi bantuan modal /pinjaman
     Contoh Agensi : MARA
·         Bank Pertanian / Bank Pembangunan dan Infrastruktur

  1. Lawatan Dagangan Keluar Negara
·         Untuk megadakan hubungan 2 hala
·         Buat perjanjian dagangan
     Contoh Agensi: MATRADE / MITI